UCAPAN YB ENCIK WONG MUN HOE, ADUN PANTAI JEREJAK DALAM MENYOKONG RANG UNDANG-UNDANG "SUATU ENAKMENT UNTUK MEMINDA ENAKMEN SETIAUSAHA KERAJAAN, PULAU PINANG (PEMERBADANAN) 1988 SE MASA PERSIDANGAN DUN NEGERI PULAU PINANG PADA BULAN OKTOBER 2004

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Speaker kerana mengizinkan saya membahas untuk menyokong Rang Undang-Undang ini.

Dato’ Speaker. Peranan dan tanggungjawab se buah Kerajaan, ialah untuk memastikan kebahagiaan dan kesejahteraan sosial, dan ekonomik rakyatnya. Se lain daripada ini, ianya juga bertanggungjawab, untuk memastikan bahawa semua rancangan-rancangan pembangunan yang dilaksanakan, akan mendatangkan faedah kepada rakyat. Mandat bersejarah dan cemerlang, yang telah diberikan kepada Kerajaan Barisan Nasional, se masa di Pilihanraya Umum pada bulan Mac tahun ini, telah memastikan bahawa kita perlu menanggung tanggungjawab yang lebih berat, oleh kerana, dengannya kuasa yang lebih, maka datanglah tanggungjawab yang lebih.

Se masa saya membahas Bajet Mengurus minggu lepas, saya telah menyatakan bahawa adalah perlu untuk kita bersikap pro-aktif, dinamik dan sedia membuat pembaharuan kepada diri kita sendiri, perniagaan kita serta amalan birokratik dan Kerajaan kita, supaya membolehkan kita mengambil peluang daripada alam persekitaran, dan pasaran dunia yang lebih terbuka. Saya juga telah menyentuh, berkenaan dengan budaya birokratik kita yang memerlukan lebih flexibiliti, lebih berprofessional dan mengamalkan sistem meritokrasi. Adalah perlu untuk Kerajaan merancang ke depan, and bersedia untuk mengambil risiko apabila diperlukan. Saya juga telah menyatakan, bahawa kita tidak perlu takut kepada perubahan, tetapi se baliknya, perlu berusaha untuk menerima, serta menghasilkan perubahan-perubahan yang positif.

Dato’ Speaker. Dalam konteks ini, cadangan pemindaan kepada Rang Undang-Undang ini, adalah satu langkah ke depan yang positif. Kita perlu melihat pindaan ini se cara positif, dan menyokong faedah-faedah yang akan diperolehi berikutan pindaan ini. Pindaan-pindaan ini adalah perlu untuk membolehkan Kerajaan dan jenteranya, melibatkan diri dalam segala aspek yang berkaitan dengan ekonomi kita, dan ini perlu bermula dari awal-awal lagi se masa peringkat perbincangan, perancangan, pelaksanaan, pemantauan se hingga ke peringkat penilaian. Sekiranya perlu, untuk menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan, Kerajaan boleh menggunakan hartabendanya bilamasa timbulnya satu keadaan, di mana kita kekurangan modal, dan apabila perlunya untuk penglibatan Kerajaan. Langkah ini mungkin juga dapat dipertimbangkan dalam kes-kes, di mana penglibatan sektor swasta amatlah kecil sekali, ataupun, apabila timbulnya keperluan, untuk kita memberikan se suatu perkhidmatan kepada rakyat jelata. Zon-Zon Perdagangan Bebas Bayan Lepas, dan Multimedia Super Corridor adalah di antara dua contoh yang baik di mana wujudnya satu keadaan yang se demikian, yang memerlukan penglibatan Kerajaan.

Ini adalah juga mengapa Invest Penang, kini sudah menjadi se suatu yang amat penting bagi kita, oleh kerana dengannya penubuhan Invest Penang, Kerajaan tidak lagi terpaksa dikongkong oleh struktur birokratik, yang menghadkan kebolehannya untuk berdayasaing dengan Negara-negara lain di dunia, dan untuk mempromosikan pelaburan teknologi dan bisnes yang amat-amat diperlukan, demi menjanakan ekonomi Negeri kita.

 

Se lain daripada ini, kita juga mempunyai beberapa contoh di dalam Negara, seperti Taman Hi-Tech Kulim, Pelabuhan Johor dan Petronas. Semua ini adalah contoh-contoh yang mana, terdapat perbadanan-perbadanan Kerajaan yang berusaha kuat, dan yang boleh mengeksploitasikan hartabenda dan modal mereka untuk mencapai kejayaan. Hasilnya ialah kita dapat menggalakkan, dan mendorong pertumbuhan dan pembangunan yang lebih pesat. Di Negara-negara lain seperti Negara Singapura, syarikat-syarikat yang dimiliki penuh oleh Kerajaan seperti Temasek Holdings, MND Holdings dan Sheng-Li Holding Company telah berjaya dalam aktiviti-akvititi menarik pelaburan bagi pihak Kerajaan. Semua syarikat-syarikat yang dinyatakan, melibatkan diri se cara aktif dalam aktiviti-aktiviti seperti pembelian saham-saham dalam syarikat-syarikat, menceburi dalam kegiatan komersil atau perindustrian dan penglibatan dalam kegiatan rakan-kongsi atau perkongsian dengan orang-perseorangan atau syarikat-syarikat yang lain. Ada banyak lagi contoh-contoh di merata-rata dunia, umapamanya Negara Jepun dengan zaibatsu dan keiretsu-nya (Mitsui, Mitsubishi, Sumitomo) atau Negara Korea dengan chaebol-nya (Samsung, Hyundai, Daewood, Lucky Goldstar). Sebenarnya Japan Incorporated telahpun wujud sejak beberapa abad dahulu!

Semua akvititi-aktiviti seperti yang saya telah nyatakan tadi, adalah penting dan perlu, jika kita hendak se buah Kerajaan yang lebih pro-aktif, dan bukan reaktif, terutama sekali di dalam alam persekitaran yang mempunyai persaingan yang hebat, dan di dalam dunia yang kian mencabar ini. Seksyen 3A (f) dan (g) dalam Pindaan ini, adalah isu-isu yang timbul akibat kekurangan modal, dan dalam konteks ini, hanya Kerajaan Negeri sahaja, yang berkemampuan mengumpulkan modal yang begitu mencukupi.

Dato’ Speaker. Sudah tentunya, dalam menyokong Pindaan ini, kita juga perlu mengambil beberapa langkah berjaga-jaga. Kita perlukan satu mekanisma, yang mana kita boleh memantau, dan memastikan ketelusan dan kerelaan untuk menanggung tanggungjawab. Di sini, saya ingin mencadangkan beberapa kaedah yang termasuk di antaranya ialah, untuk mengadakan Lembaga yang berasingan untuk Lembaga Pengarah dan Lembaga Pengurusan, dan keperluan untuk mengadakan lebihan "stakeholders", dan bukannya pemegang saham dalam SSI ini. Mengadakan lebih banyak forum-forum masyarakat mungkin juga adalah satu cara lagi yang baik. Di samping itu, kita mesti pastikan bahawa laporan kewangan, serta prestasi kerja mesti dapat disediakan dan diperolehi dengan sekadar cepat, dan saya ingin cadangkan juga agar laporan-laporan ini dapat dimasukkan ke dalam laman web untuk pengetahuan umum. Sebenarnya, semua ini melibatkan urustadbir yang baik dan kita, Kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional, selalu mengamalkan urustadbir yang baik.

Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa cadangan Pindaan ini, menggambarkan satu langkah yang bijak dan tepat. Langkah ini bukan sahaja satu keperluan, malahan, satu yang kena pada masanya, untuk mempertingkatkan daya saing dan keberkesanan kita di dalam dunia yang tanpa sempadan dan mencabar ini.

Dengan ini, Dato’ Speaker. Saya mohon menyokong.