PERBAHASAN YB ENCIK WONG MUN HOE, ADUN PANTAI JEREJAK SE MASA PERSIDANGAN
DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG PENGGAL KE-2 PADA BULAN OKTOBER 2004
YB Dato’ Speaker. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada YB Dato’ Speaker, kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk
mengambil bahagian dalam perbahasan hari ini. Seperti rakan-rakan saya yang
lain di dalam Dewan Yang Mulia ini, saya ingin juga mengucapkan Syabas dan
Tahniah kepada Kerajaan Negeri, kerana telah membentangkan satu Bajet Mengurus
yang telah disediakan dengan begitu baik. Bajet Mengurus ini telah mengambil
kira keadaan ekonomi se masa, dan aspirasi rakyat. Bajet Mengurus ini juga
sekali lagi menggambarkan, betapa seriusnya Kerajaan Negeri, untuk
mempertahankan daya-saing kita, di dalam dunia yang kian tanpa sempadan dan
mencabar.
Saya memang tertarik dan bersetuju dengan ucapan YAB Ketua Menteri bahawanya
anggaran-anggaran mengurus dan pembangunan untuk tahun 2005 adalah dicadang
berpandukan Pelan Strategik Pembangunan Pulau Pinang bagi tempoh 2001 hingga
2010 yang mana lima (5) teras strategik adalah perlu dilaksanakan untuk
mencapai k-ekonomi yang berdaya saing, serta kualiti hidup yang tinggi melalu
pembangunan lestari dan seimbang. Oleh yang demikian, perbahasan saya pada kali
ini akan memberikan penekanan kepada dua daripada lima strategi tersebut iaitu
untuk meningkatkan daya saing ekonomi dan membentuk urustadbir yang baik.
Kawal Dengan Rapi Pesaing-Pesaing Kita
Sebenarnya se masa Persidangan Dewan pada bulan Mei, saya telahpun
memperingatkan Kerajaan Negeri, supaya mengawal dengan rapi keadaan yang se
demikian. Ini adalah kerana kita sedang dihimpit oleh dua gergasi ekonomi,
iaitu Negara India dan Cina. Memang telah banyak diceritakan bahawa seluruh
Asia Tenggara, termasuk Malaysia dan Pulau Pinang, akan diketepikan apabila
kedua-dua Negara India dan Cina mengorak langkah, untuk menarik lebih banyak
lagi pelaburan ke dalam Negara mereka masing-masing.
Negara India yang mempunyai bilangan penduduk 1 bilon, adalah Negara yang
mempunyai bilangan penduduk yang kedua besarnya se lepas Negara Cina. Namun,
oleh kerana kadar fertiliti mereka yang lebih tinggi, Negara India dijangka
akan menjadi negara yang mempunyai bilangan penduduk yang tertinggi di dunia se
belum pertengahan abad ini. Kini, Negara India ialah ekonomi yang ke-4 besar di
dunia se lepas Negara Amerika Syarikat, Cina dan Jepun. Dengan kadar
pertumbuhan tahunan se banyak 6%, dan Kadar Dalam Negara Kasar se banyak
US$2,700 se tahun, tidak hairannya mengapa Negara India dianggap se bagai se
buah kuasa besar ekonomi yang sedang muncul.
Pasaran Cina pula, telah lama menguasai tajuk dunia. Saiz negaranya sahaja,
menjaminkan, bahawa ianya memang diminati oleh para pelabur yang tidak
sabar-sabar, untuk menceburi dan melabur dalam Negara itu. Pemerasapan negara
Cina ke dalam ekonomi dunia, telah menyumbang ke satu corak baru perdagangan
antarabangsa dan aliran modal. Dengan kadar pertumbuhan ekonomi se banyak 9% se
tahun dalam 20 tahun ini, Negara Cina telah berjaya menarik banyak pelaburan.
Negara Cina juga menyumbang kepada 46% daripada keseluruhan pelaburan se cara
langsung, atau dengan izin, FDI yang masuk ke benua Asia. Kini, Negara Cina
merupakan penerima terbesar FDI, dan telah diramalkan oleh beberapa agensi
seperti Bank Dunia dan Pertubuhan Perdagangan Dunia, bahawanya Negara Cina akan
menjadi ekonomi yang terbesar di dunia se belum pertengahan abad ini. Dengan
pendapatan purata se banyak US$4,600 se orang, Negara Cina juga akan mempunyai
bilangan golongan kelas sederhana yang paling terbesar di dunia pada tahun
2020, iaitu hampir 400 juta daripada penduduknya.
Dato’ Speaker. Persoalan yang kita hadapi hari ini ialah "Patutkah kita
berasa bimbang?" Saya ingin mencadangkan bahawa jawapan kita ialah Tidak.
Namun, kita perlu berhati-hati, berwaspada dan bersedia membuat perubahan.
Tidak kira apa yang saya telah katakan tadi, kedua-dua Negara India dan Cina,
juga mempunyai masalah mereka yang tersendiri. Masalah-masalah ini adalah yang
berkaitan dengan kestabilan politik, birokrasi, peraturan dan undang-undang
yang keterlaluan serta kos pengangkutan dan logistik. Supaya membolehkan kita
berdaya saing, adalah perlu untuk kita merangka kembali strategi kita dengan
baik. Ini memerlukan kita merombak se mula keseluruhan budaya perniagaan dan
birokrasi kita, di samping memantau dengan baik, kedudukan pesaing-pesaing
kita.
Perdagangan di antara Malaysia dan kedua-dua gergasi ekonomi telah meningkat
dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Mengikut Urusetia ASEAN, jumlah eksport
kita ke India pada tahun 2002 melebihi US$3.67 bilon, manakala jumlah eksport
kita ke Negara Cina melebihi US$4.76 bilon, terutama sekali dalam bentuk
produk-produk utama. Amatlah penting untuk kita meningkatkan rangkaian nilai
yang ditambah kita, ke tahap yang lebih tinggi dalam teknologi, supaya dapat
mempertingkatkan daya-saing kita. Berbanding dengan kedua-dua Negara India dan
Cina, kita masih ke belakang dari segi keperluan sumber manusia yang dapat
membolehkan kita untuk berdaya-saing. Se bagai contoh, kita masih amat
kekurangan dari segi bilangan pakar penyelidikan dan jurutera yang kita ada.
Sokong Dan Galakkan Pembangunan Sains & Teknologi dan Pembangunan
& Penyelidikan
Di sini, Kerajaan kita memerlukan satu rancangan untuk membangunkan asas
ini, samada se cara rakan-kongsi dengan sektor swasta, ataupun melalui satu
pelaburan besar dalam pendidikan awam, yang menyokong program-program Sains dan
Teknologi (S & T) dan Pembangunan dan Penyelidikan (R & D). Kini, kita
sudahpun mengenakan cukai ke atas sumber manusia, dan tabung ini boleh
digunakan untuk merangka kembali asas kemahiran kita. Selain daripada ini, saya
ingin juga bercadang, agar insentif-insentif fiskal yang lain, perlu digalakkan
di kedua-dua peringkat kebangsaan dan Negeri, supaya kita dapat menggalakkan
lagi pembangunan S & T dan R & D. Pada masa yang sama, saya ingin
melihat agar Kerajaan Negeri lebih pro-aktif, untuk menggalakkan dan
mempercepatkan laluan ke program-program S & T dan R & D, melalui
latihan tambahan.
Terokailah Pasaran-Pasaran Baru
Se lain daripada meningkatkan mekanisma rangkaian pembekalan nilai yang
ditambah, dan menggalakkan kapasiti teknologi kita, saya juga berpendapat,
bahawa strategi yang lebih pelbagai dalam pasaran eksport, boleh juga diberikan
perhatian. Semua negara perlu menerokai pasaran-pasaran baru, termasuk juga
yang datangnya daripada Latin Amerika, Europah Timur dan Afrika. Sungguhpun ini
telah pun dijalankan se cara dari masa ke se masa oleh Kerajaan Pusat, tetapi
di peringkat Negeri, kita masih nampak se bagai tidak mempunyai apa-apa
strategi ke arah ini. Ini mungkin disebabkan perhubungan yang se demikian,
hanya dihadkan di peringkat kebangsaan. Oleh yang demikian, perubahan
perlembagaan, yang memberikan autonomi yang lebih kepada Kerajaan-Kerajaan
Negeri, terutama sekali yang akan memberikan kesan ke atas pertumbuhan dan
pencapaian ekonomi yang lebih kukuh, patut dipertimbangkan oleh Kerajaan Pusat.
Ini adalah kerana, apa yang kita semua berharap dan mahu, adalah supaya rakyat
kita akan dapat menikmati satu kualiti hidup yang lebih tinggi dan baik.
Sememangnya, dalam abad ke-21, seperti mana yang pakar dan penulis ekonomi
Jepun yang terkenal, Kenichi Ohmae telah memperingatkan kita, dalam beberapa
buah buku terbitan beliau, seperti "The End of the Nation State",
"Beyond National Borders" dan "The Borderless World"
bahawanya respon se cara cepat, tangkas dan aktif, jauh lebih berkesan dan
sesuai, jika berbanding dengan ekonomi dunia yang hanya menumpukan semata-mata
kepada keperluan pelanggan. Ekonomi yang berjenis Kecil-Sederhana, dan kawasan
pertumbuhan rantau yang berkelompok, adalah penting untuk menjayakan
polisi-polisi ekonomi yang baru. Ini mungkin dapat dicantumkan dengan konsep
bandaraya berkembar, di mana penekanan penyesuaian dan lebihan perbandingan,
dapat digerakkan ke arah meningkatkan perdagangan, dan menggalakkan pembangunan
dan kerjasama yang lebih erat, di antara satu sama lain.
Bangunkan Lagi Perkhidmatan Perkhidmatan dan Logistik Kita
Dato’ Speaker. Jadi, amatlah penting untuk kita bersikap pro-aktif.
Perkhidmatan kewangan dan logistik harus juga dibangunkan lagi. Seperti Negara
Singapura, kita boleh memohon dan menawar insentif cukai yang lebih berpatutan
dan menarik, untuk menarik syarikat-syarikat melabur di dalam negeri kita.
Sememangnya, sudahpun terdapat tanda-tanda, bahawa Negara Cina sedang
menempatkan se mula beberapa fungsi-fungsi perjalanan pembuatan mereka. Kini,
terpulanglah kepada kita, bagaimana untuk menarik mereka ke Negara dan Negeri
kita. Sementara perbadanan-perbadanan dan syarikat-syarikat yang lebih besar,
mungkin lebih minat untuk melabur di Negara Singapura, ini tidak bermakna
bahawa kita tidak dapat memberikan apa-apa persaingan kepada Negara Singapura,
seperti di dalam sektor Industri Kecil-Sederhana, di mana kita pun telah dapat
membuktikan, bahawa kita boleh berjaya menarik rakan-rakan kongsi daripada
Negara Taiwan dan Jepun. Pada masa yang sama, kita boleh juga mempertimbangkan
untuk menjadikan negeri Pulau Pinang, se bagai satu pusat perbankanan off-shore
dengan menarik bank-bank asing, untuk menubuhkan pejabat-pejabat dan pusat
mereka di Pulau Pinang. Dengan cara ini, dan melalui rangkaian mereka
masing-masing, kita akan dapat menumpukan untuk mendapat lebih banyak lagi firma-firma
asing, untuk bertapak di negeri kita, dengan lebih berkesan lagi.
Se lain daripada ini, Pulau Pinang juga boleh memberikan perkhidmatan
pengurusan, perundangan dan sumber manusia untuk "internationalizing"
syarikat-syarikat daripada Negara India dan Cina. Kita boleh menghasilkan
pertukaran professional, dalam rancangan-rancangan pembangunan pengurusan,
untuk syarikat-syarikat IKS daripada Negara-negara India dan Cina, yang masih
berkurangan dalam kemahiran seperti ini. Di sini, bantuan daripada Kerajaan
Pusat diperlukan, dan bersama-sama dengan agensi-agensi yang lain, seperti Bank
Pembangunan Asian, kita mungkin boleh dapat menawar dan membangunkan
program-program, yang dapat memanfaatkan kedua-dua pihak.
Dato’ Speaker. Terlalu senang sahaja untuk kita berasa pesimis ataupun
mengamalkan satu sikap Canute, tetapi jika kita berlagak seperti ini, bererti
kita telah serah diri. Kita perlu lebih dinamik, aktif dan sedia membuat
pembaharuan kepada diri kita sendiri, perniagaan kita serta amalan birokratik
dan Kerajaan kita, supaya mengambil peluang alam persekitaran, dan pasaran
dunia yang lebih terbuka. Saya memetik daripada apa yang pernah dikatakan oleh
se orang pakar sains, Alexander Bell, dengan izin, "When one door closes,
another door opens, but we so often look so long, and so regretfully upon the
closed door, that we do not see the ones which open for us." Diterjemahkan
dalam bahasa Malaysia, ini bermakna, bahawa apabila se buah pintu itu tutup,
pintu yang lain dibuka. Namun, kita kerap dan asyik hanya merenung kepada pintu
yang tutup, dengan begitu lama dan se cara berkeciwa, tanpa melihat pintu lain
yang telahpun dibuka kepada kita. Oleh yang demikian, jangan sekali-kali kita
hanya pandang Negara India dan Cina, se bagai musuh atau pesaing kita. Adalah
terpulang kepada kita sendiri, bagaimana untuk mempergunakan kedua-dua mereka,
untuk faedah bersama. Memang mengikut Kenichi Ohmae lagi, "Kita harus
menggunakan Negara Cina, seolah-olah ianya merupakan se bahagian daripada tubuh
dan badan kita sendiri." Ini adalah strategi amal-judo, dan kita harus
jangan elakkan diri daripada ini. Sudah pun terdapat 15 buah syarikat-syarikat
Cina dan se buah syarikat India, yang terdapat di dalam Fortune Global 500, dan
seperti mana yang kita dapat lihat, syarikat-syarikat ini bersedia untuk
melabur di negara-negara lain di seluruh dunia. Dan jika begitu, mengapa tidak
Malaysia dan Pulau Pinang?
Tanamkan Pendekatan "Malaysia Boleh" dan "Pulau Pinang
Boleh"
Dato’ Speaker. Dalam konteks ini, budaya birokratik kita perlu dibentuk se
mula. Ianya memerlukan lebih flexibilti, lebih berprofessional dan mengamalkan
sistem meritokrasi. Ianya juga perlu dirancang ke depan, dan sedia mengambil
risiko apabila diperlukan. Kesimpulannya ialah kita mesti sedia untuk menerima
amalan, dan praktik dunia yang paling baik, mempraktikkan amalan ketelusan,
bertanggung-jawab, dan mengadakan ukuran tahunan yang boleh dikaji semula,
supaya meningkatkan lagi produktiviti dan kecekapan. Pendekatan "Malaysia
Boleh" dan "Penang Boleh", mesti ditanamkan, dan kita harus
kikis, dan buangkan sikap "Tidak Apa". Cemerlang, Terbilang dan
Gemilang dalam perkhidmatan, kualiti dan professionalisma, haruslah menjadi
pedoman kita untuk mencapai aspirasi kita.
Semua ini membawa saya kepada tema kedua, yang saya ingin berbahas iaitu,
sistem penyampaian.
Se belum saya mula membahaskan tema kedua ini, saya ingin mengambil
kesempatan di Dewan Yang Mulia ini, untuk mengucapkan Syabas dan Tahniah,
kepada semua pegawai dan kakitangan Kerajaan, yang telah mendapat faedah,
berikutan pembentangan BajetNegara baru-baru ini. Sementara ada di antara
beberapa sektor awam, umpamanya Polis dan Imam, yang telah mendapat kenaikan
gaji, pengumuman bayaran bonus se banyak se bulan, atau bayaran paling minima
RM1,500.00, telah membawa kegembiraan, kepada semua yang berkhidmat di dalam
sektor awam. Saya juga turut gembira, oleh kerana kakitangan Kerajaan kita
memang patut, dan berhak menerima bonus yang diumumkan itu. Saya memang
berpendapat, bahawa kakitangan Kerajaan kita, merupakan di antara sektor awam
yang terbaik di dalam dunia, dan mereka telah banyak menyumbang kepada
pembangunan Negara. Syabas dan Tahniah, sekali lagi saya ucapkan kepada semua
kakitangan Kerajaan.
Dato’ Speaker. Saya juga setuju dengan ucapan YAB Ketua Menteri bahawa apa
jua pun sistem yang canggih sekali pun tidak akan berhasil dan mencapai sasaran
dan kejayaan sekiranya faktor manusia tidak ditambahbaikkan dari segi sikap,
pendekatan dan persediaan bekerja se bagai satu pasukan. Semua ini tidak akan
menggantikan manusia oleh kerana manusialah yang menentukan samada sesuatu
sistem itu berfungsi dan berhasil dengan baik atau tidak.
Meningkatkan Sistem Penyampaian Kita
Oleh kerana itu, sementara sektor awam patut menerima laungan dan pujian
kita semua, kita harus jangan lupa, bahawa seperti yang terdapat di mana-mana
sektor pun, tak kira samada di sektor awam, ataupun di sektor swasta, sudah
tentunya, kita akan terdapat juga apa yang dikatakan se bagai "black
sheep" di dalam keluarga. Malangnya, kita masih mendapati ada beberapa
jabatan ataupun pegawai dan kakitangan mereka, yang merupakan penghalang kepada
sistem penyampaian yang lebih baik, seperti mana yang telah dijanjikan oleh YAB
Perdana Menteri kita. Se bagai contohnya, bagaimanakah kita boleh kata, bahawa
sistem penyampaian kita adalah baik, apabila kita masih mengambil masa beberapa
minggu, untuk hanya menampal lubang-lubang kecil, yang terdapat di atas
jalan-jalan kita? Bagaimanakah kita boleh kata, bahawa sistem penyampaian kita
baik, apabila dahan-dahan pokok masih terbiar di tepi-tepi jalan, se lepas
dicantas sudahpun beberapa minggu? Bagaimanakah kita boleh katakan, sistem
penyampaian kita adalah baik, apabila masih terdapat lurang yang tenggelam,
tanpa dibaiki se lama beberapa tahun? Memang ada se suatu yang tak kena dengan
sistem penyampaian kita apabila masih terdapat perbahasan di antara jabatan
dengan jabatan, berkenaan siapakah jabatan yang bertanggung-jawab, bila se
suatu masalah seperti pembaikian lampu jalan dilaporkan? Sementara perbahasan itu
masih diteruskan, rakyatlah yang masih terpaksa menanggung kesusahan dan
kesulitan. Dan kita tahu memang ada masalah dengan sistem penyampaian kita
apabila pada awal-awal pagi, kesesakan trafik bermula daripada Sekolah
Kebangsaan Bayan Baru di Lorong Mahsuri 7 se hingga ke Jalan Sultan Azlan Shah,
satu jarak yang biasa mengambil masa kurang daripada 5 minit kini terpaksa
mengambil masa 30 minit, satu fenomena yang terbaru di kawasan saya.
Satu kes yang lebih specifik ialah pembinaan jejantas Jalan Sultan Azlan
Shah, se buah projek yang kini dalam tahun ke-4 pembinaannya, dan masih sedang
dibina. Di negara-negara lain yang maju, projek se umpama ini hanya makan masa
lebih kurang se tahun, ataupun selewat-lewatnya satu se tengah tahun, untuk
siap pembinaan. Janji lepas janji telah diberikan, tetapi malangnya masih
tinggal janji. Sementara itu, keadaan kesesakan trafik bertambah buruk, dan
kedua-dua suhu kereta dan pemandu kereta, naik se tiap kali mereka menggunakan
jalan ini. Sudah tentunya, kadar produktiviti kita turut terjejas, oleh kerana
pekerja-pekerja kita, yang terpaksa menggunakan jalan ini, mengambil masa
berjam-jam untuk pergi, dan balik kerja. Keadaan nampak bertambah lebih rumit,
se olah-olah tiada apa jua pun perancangan dibuat, se belum projek ini
dimulakan. Jabatan yang terlibat se olah-olah tidak tahu langsung, sejarah dan
latar belakang kawasan yang mana projek ini akan diadakan. Jika tidak,
bagaimanakah mereka tidak sedar, bahawa kita mempunyai kes se buah blok rumah
pangsa yang mempunyai sejarah condong, di hanya tepi Jalan Sultan Azlan Shah,
ataupun, bahawanya taman perumahan Bandar Bayan Baru, mempunyai satu sejarah
kekerapan berlakunya banjir, dan tiada langkah-langkah pencegah diambil se masa
perancangan dan pembinaan projek ini, untuk mengatasi masalah-masalah ini?
Dato’ Speaker. Sejak Pilihanraya Umum pada bulan Mac, saya telah
"dijemput" se banyak 5 kali, oleh penduduk-penduduk di kawasan Bandar
Bayan Baru pada tengah-tengah malam, bukan untuk sarapan malam bersama-sama,
tetapi, untuk diminta memberhentikan projek ini, samada oleh kerana terdapat
getaran di blok tersebut ataupun, apabila hujan lebat menurun dan air mula
mengalir masuk ke dalam rumah-rumah mereka. Sebenarnya, pembinaan jejantas ini
telah membuka peluang yang paling baik, untuk jabatan-jabatan Kerajaan yang
berkenaan, untuk mengimplementasikan apa-apa rancangan yang akan dapat
mengurangkan masalah banjir di dalam kawasan tersebut, tetapi malangnya,
peluang ini disiarkan-siarkan begitu sahaja, oleh kerana kekurangan ataupun
ketiadaan perancangan yang rapi dan baik dalam projek ini. Jadi, dalam kes ini,
di manakah sistem penyampaian yang sedang kita membincang ini?
Masalah-masalah seperti lubang di jalan, lurang yang tenggelam, dahan-dahan
pokok atau lampu-lampu jalan yang rosak, mungkin dianggap oleh jabatan-jabatan
yang berkenaan, se bagai masalah-masalah remeh-temeh sahaja. Namun, di mata
rakyat biasa, semua ini adalah masalah-masalah harian, yang terpaksa dihadapi
oleh mereka, se tiap masa mereka pergi dan balik ke rumah. Masalah-masalah
inilah yang menimbulkan perasaan kurang puas hati di kalangan mereka, dan
tidaklah salah, sekiranya mereka berpendapat bahawa, jikalau Kerajaan tidak
dapat mengatasi masalah remeh-temeh seperti ini, bagaimanakah mereka boleh
diharapkan, untuk melaksanakan dan menjalankan projek-projek pembangunan yang
lebih besar lagi. Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah, perancangan,
pemantauan dan penguatkuasaan kita, masih jauh lembap dan mempunyai banyak lagi
ruang untuk dipertingkatkan. Dan jika kita betul-betul serius dalam menyokong
seruan YAB Perdana Menteri kita, untuk mengamalkan satu sistem penyampaian yang
lebih baik, jabatan-jabatan Kerajaan dan kakitangan-kakitangan Kerajaan,
haruslah serius, dan mula mengimplementasikan langkah-langkah dan
tindakan-tindakan, yang boleh menggambarkan satu sistem penyampaian yang lebih
baik.
Tubuhkan Unit Khas Dalaman Untuk Memantau Aduan
Kakitangan Kerajaan Boleh Menjadi Mata dan Telinga
Dalam konteks ini, saya ingin mencadangkan, bahawa se buah unit khas dapat
ditubuhkan di se tiap jabatan-jabatan Kerajaan, yang mempunyai kaitan dengan
isu-isu, seperti lubang di atas jalan, manhole yang tenggelam, pencantasan
dahan-dahan pokok, kerosakan lampu-lampu isyarat, kerosakan gegili jalan dan
sebagainya. Kita tidak perlu menunggu se hingga menerima aduan daripada orang
awam, se belum kita bertindak. Kakitangan di dalam Unit khas ini, boleh
ditugaskan membuat rondaan se tiap pagi atau petang, se belum membuat laporan
balik kepada jabatan-jabatan yang berkenaan, untuk tindakan susulan yang cepat.
Pada masa yang sama, kita boleh juga menggalakkan semua kakitangan Kerajaan
kita, untuk membantu kita, menjadi mata dan telinga kita. Bukankah kita
mempunyai beribu-ribu kakitangan-kakitangan Kerajaan, dan jika mereka sudi
memberikan kerjasama dan sokongan kepada kita, bukankah ini akan menjadi kita
lebih berkesan lagi. Se bagai kakitangan Kerajaan, mereka tidak harus mempunyai
sikap "Tidak Apa", ataupun "Perkara ini tidak berkaitan dengan
saya". Mereka harus berfikir, bahawa mereka juga adalah rakyat, dan oleh
yang demikian, se bagai rakyat, mereka mempunyai tanggung-jawab bersama, untuk
memastikan Negara dan Negeri kita, lebih maju dan teratur. Apa yang diperlukan
daripada mereka, hanya satu panggilan telefon, ataupun satu nota ringkas, yang
ditujukan kepada jabatan yang berkaitan, dan apabila jabatan tersebut menerima
panggilan telefon ataupun nota itu, mereka seharusnya mengambil tindakan
segera, untuk menyelesaikan masalah itu, dalam masa yang terdekat.
Lihat Se Mula Piagam Pelanggan
Dato’ Speaker. Mungkin tibalah masa juga untuk semua jabatan-jabatan
Kerajaan, lihat se mula Piagam Pelanggan mereka, yang terpapar di depan pejabat
mereka masing-masing. Mereka harus tanya se cara ikhlas, samada apa yang
dipaparkan di dalam Piagam Pelanggan ini, diikuti, atau Piagam Pelanggan itu,
hanya se bagai se suatu benda hiasan sahaja. Saya ingin cadangkan, bahawa di
setiap jabatan Kerajaan, ditubuhkan satu Unit Odit Dalaman, yang di antara
tanggungjawab mereka adalah untuk, menilai, samada, se cara tahunan atau dua
kali se tahun, keberkesenan Piagam Pelanggan jabatan tersebut, dan jika tidak
berkesan, mengapa, dan apa yang harus dibuat.
Sungguhpun saya nampak seolah-olah sedikit sebanyak telah mengkritik
kekurangan beberapa buah jabatan-jabatan Kerajaan, saya berharap teguran saya
ini, boleh dipandang se bagai membina dan positif. Ini adalah kerana matalamat
kita adalah sama – kita hendak lihat satu perkhidmatan awam yang lebih baik,
lebih berkesan dan lebih responsif. Secara keseluruhannya, saya masih anggap
bahawa kakitangan Kerajaan kita adalah baik. Seperti mana pepatah Melayu yang
berbunyi "Takkan akibat nila se titik, merosakkan susu se belangga."
Jika terdapatnya beberapa pegawai dan kakitangan Kerajaan yang malas, dan tidak
menjalankan kerja-kerja mereka dengan bertanggung-jawab, tidak bermakna, semua
di dalam jabatan dan Kerajaan, adalah sama. Apa yang ditekankan oleh saya
ialah, kita masih mempunyai banyak ruang untuk mempertingkatkan sistem
penyampaian kita, dan langkah pertama untuk mempertingkatkan sistem ini,
bermula dengan perkhidmatan awam yang lebih efektif dan mantap.
Tukarkan Ancaman Menjadi Peluang
Di kedua-dua tema yang telahpun saya utarakan, saya telah
Dengan kata-kata ini, Dato’ Speaker, saya mohon menyokong Bajet Mengurus
Pulau Pinang untuk tahun 2005. Sekian, terima kasih.